Monday 13 February 2012

Aktiviti Di Hujung Minggu

Salam Isnin Wat Semua Ye..
Rasa mcm mls je nk g keje klu ari Isnin kan....Maklumla dh cuti 2 hari...bila nk start keje semula tu rs mcm mls je.....hehehe, tp kena gak g keje...lawan sikap mls tu..cewahhh..
Hari Sabtu kelmarin ak try buat Puding Roti Pelangi...First time wat tau...Alhamdulilah, menjadi kuihnya...sbb ak mcm trauma gak wat kuih ni....sbb pernah terjadi dulu wat kuih smpi 2 kali x menjadi gak..last2 buang je adunan tu...sbb stres asyik x jadi je...hahaha...

Puding Roti Pelangi Buatan Mida
x bape nk mcm pelangi sgt kan....pecah2 warna nya..tp santek jgk coraknya...ala2 corak abstrak gituww...hehe, percubaan pertama katakan...cara-cara nk watnya senang je...


Bahan-Bahan :
* 4 keping roti (mida guna roti gardeniar)
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170 ml susu cair
* 8gm sebuk agar-agar (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sudu besar butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cawan biasa 230 ml)
* Pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nk letak warna apa-apa)


Cara Membuatnya :
1) Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk sehingga mendidih.
2) Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawam). Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
3) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
4) Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna kuing, satu bahagian warna merah dan satu bahagian lagi warna hijau
5) Kacau cepat-cepat dan sebati. pastikan setiap adunan sekata.
6) Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk demi sesenduk. (Ketika melapis hendaklah dengan cepat sebab puding ni, mudah sejuk dan membeku
7) Bila siap biarkan dlm setengah jam bagi puding tu sejuk. Kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam. Puding ni sedap di makan ketika sejuk.


Selamat Mencuba Ye Kekawan!!!!

No comments: